Search This Blog

Wednesday, January 5, 2011

Gabenor Punjab dibunuh pengawal peribadi

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

05/01/2011 2:26am

ISLAMABAD 5 Jan. - Gabenor wilayah Punjab di Pakistan, Salman Taseer yang juga merupakan anggota kanan parti pemerintah ditembak mati oleh seorang daripada pengawal peribadi sendiri di sini semalam, sekali gus menjerumuskan negara ini ke dalam krisis politik terbaharu.

Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rehman Malik yang memetik laporan awal berkata, Salman dibunuh ekoran penentangannya terhadap undang-undang menghukum kenyataan menghina agama yang menjadi kontroversi di negara ini.

Aktivis berkata, undang-undang itu sering dieksploitasi oleh puak pelampau agama dan rakyat biasa Pakistan bagi menyelesaikan matlamat peribadi. - Reuters"

No comments:

Post a Comment