Search This Blog

Wednesday, January 5, 2011

Gabenor di Pakistan dibunuh pengawal peribadi

ENCIK SALMAN TASEER: Berpendirian sederhana. -- Foto AP


ISLAMABAD: Gabenor wilayah Punjab di Pakistan, Encik Salman Taseer, yang dianggap penting dari sudut politik negara itu, ditembak mati oleh seorang pengawal peribadinya di Islamabad, semalam.
Pembunuhan itu dipercayai berpunca daripada tentangannya terhadap undang-undang perbuatan ingkar agama.Encik Taseer adalah antara suara paling sederhana dalam Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang menghadapi krisis politik minggu ini apabila salah satu sekutu parti campuran yang memerintah negara itu keluar daripada pakatan tersebut.Beliau amat lantang dalam tentangannya terhadap kumpulan Taleban dan kumpulan militan lain yang bersembunyi di bahagian barat laut negara itu dan semakin mempengaruhi kawasan Punjab sejak beberapa tahun lalu.Baru-baru ini beliau menentang dengan keras undang-undang perbuatan ingkar agama yang kontroversial.Menteri Dalam Negeri Pakistan, Encik Rehman Malik, berkata pembunuhnya adalah anggota pasukan keselamatan Encik Taseer sendiri, yang telah mengaku melakukan jenayah itu.'Dia mengaku membunuh gabenor itu sendiri kerana beliau (gabenor itu) telah menyifatkan undang-undang perbuatan ingkar agama itu sebagai undang-undang hitam,' kata Encik Malik.Kejadian itu berlaku pada siang hari selepas golongan mewah dan ekspatriat Pakistan menikmati makan tengah hari mereka yang terlewat atau minum kopi di beberapa kafe berdekatan.Ketua pentadbiran setempat, Encik Amir Ahmad Ali, berkata Encik Taseer meninggal dunia di hospital selepas tercedera dalam serangan itu. -- AFP.

No comments:

Post a Comment