Search This Blog

Wednesday, January 5, 2011

Duda dakwa isteri lesap dua hari selepas nikah

KENANGAN PAHIT: 'Encik Hassan' menunjukkan surat izin untuk bernikah dengan Mimi yang dikeluarkan Kepala Desa Desa Mandusari, Kabupaten Cilacap. Surat tersebut kini beliau simpan sebagai kenangan pahit hidupnya. -- Foto SAINI SALLEH


SINGAPURA

Oleh
Saini Salleh

BERKENALAN, bercinta dan puncak harapannya ialah mendirikan mahligai bahagia.
Encik Hassan (bukan nama sebenar), 59 tahun, menikmati saat-saat manis itu semua selepas berkenalan dengan Mimi, 29 tahun, seorang janda anak dua asal Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia, yang bekerja sebagai pembantu gerai di sebuah restoran di Johor Bahru.Sejak berkenalan hujung 2009, hubungan mereka semakin intim dek masing-masing rindukan belaian orang tersayang.Encik Hassan, ayah tiga anak, yang bekerja sebagai drebar, telah bercerai dengan isterinya lebih 11 tahun lalu.Mimi (bukan nama sebenar) juga hidup sepi sejak suaminya meninggal dunia sekitar dua tahun lalu.Bagi Encik Hassan, jodoh dan pertemuan di tangan tuhan dan kerana itulah beliau ingin menjadikan Mimi yang beliau sifatkan baik hati dan pandai jaga hati lelaki sebagai isteri.'Saya hidup sendirian di Johor Bahru kerana anak-anak di Singapura semuanya dah kahwin dan ada keluarga.'Saya ingat bila kahwin nanti, dia boleh jaga makan minum dan sakit pening saya maklum umur dah semakin senja.'Lagipun sampai bila saya harus hidup membujang!' cerita Encik Hassan yang berbadan tegap atau 'ganteng' di sebalik usia dalam kategori warga tua itu.Menurut beliau lagi, Mimi kerap memintanya wang sehingga mencecah sekitar $14,000 untuk pelbagai alasan seperti membaiki rumahnya di kampung dan biaya rawatan anak-anak serta ibu bapanya.Encik Hassan menyatakan beliau bernikah dengan Mimi di sini pada Mac tahun lalu dengan berwali hakim.Mimi turut membawa dua anaknya dari Indonesia itu untuk sama-sama meraikan hari bahagia tersebut.'Selepas nikah, saya bawa dia tinggal di flat saya di Larkin. Tetapi, saya bingung kerana tak dapat tidur bersama Mimi kerana dia sengaja menidurkan salah seorang anaknya bersama kami.'Dua malam saya berputih mata tetapi saya tetap bersabar. Dia seolah-olah menjauhkan diri daripada saya sedangkan kami sudah menjadi suami isteri,' keluh Encik Hassan.Hatinya hancur luluh apabila Mimi masuk hari ketiga selepas bernikah minta izin pulang kampung untuk menghantar kedua-dua anaknya.'Sejak itu dia tak pulang menemui saya hingga sekarang. Pernah sekali saya menelefonnya selepas dua minggu tetapi dia beri alasan telefon bimbitnya hilang.'Cakap-cakapnya juga banyak berdalih dan tidak lagi mesra. Saya syak dia kahwin dengan saya kerana wang semata-mata dan saya rasa dia mempunyai kekasih lain di kampungnya itu,' cerita Encik Hassan.Beliau mendakwa Mimi telah mencuri wangnya sebanyak $3,000 ketika pulang ke kampung.Bosan dan marah dengan sikap Mimi yang menghilangkan diri sehingga membuat beliau berputih mata serta menggigit jari, beliau telah mendapatkan bantuan firma perunding timbang tara, Bilal Consultants.Bulan lalu, beliau memfail petisyen menceraikan Mimi.

No comments:

Post a Comment