01/01/2011 2:25am
BEIJING 1 Jan. - Dua orang anak kapal maut manakala 15 orang lagi dilaporkan hilang selepas kapal kargo yang berdaftar di Korea Utara karam ketika merempuh angin kencang di Laut Kuning, hari ini.
Tiga lagi krew kapal tersebut berjaya diselamatkan berhampiran pelabuhan Lianyungang di sebelah utara wilayah Jiangsu.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, dua buah kapal dan dua buah helikopter pasukan penyelamat dikerah ke tempat kejadian untuk mencari mangsa yang hilang namun angin kencang menghalang misi tersebut. - AFP
No comments:
Post a Comment