Search This Blog

Tuesday, January 4, 2011

Didakwa cabul anak majikan


SHAH ALAM 3 Jan. - Walaupun mengaku mencabul kehormatan anak majikannya yang berusia 12 tahun pada Krismas lalu, seorang pemuda meminta hukuman terhadapnya dijatuhkan dalam tempoh seminggu lagi.
Permohonan itu dikemukakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini dengan alasan dia ingin berjumpa ahli keluarganya sebelum menjalani hukuman.
Majistret Norkamilah Aziz membenarkan permohonan Chong Hon Fai, 22, itu dan menetapkan 10 Januari ini untuk menjatuhkan hukuman.
Beliau turut membenarkan Hon Fai dibebaskan dengan ikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin serta mengarahkan lelaki itu tidak mengganggu mangsa dalam tempoh tersebut.
Tertuduh mengaku mencabul kehormatan murid darjah enam dengan meraba tubuh badannya di bilik tidur mangsa di sebuah rumah di Setia Alam dekat sini pada pukul 6.30 pagi, 25 Disember tahun lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Jikin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

No comments:

Post a Comment