Search This Blog

Wednesday, January 5, 2011

Ular, buaya ancam mangsa banjir di Australia

Berita Harian Online | Ular, buaya ancam mangsa banjir di AustraliaFoto
  • BERSESUAIAN dengan namanya, sebuah kedai dinaiki air dekat Sungai Fitzroy selepas banjir melanda Queensland.
  • Foto
    SEEKOR ular dilihat di kawasan banjir di Rockhampton, Queensland, semalam.
ROCKHAMPTON: Penduduk di bandar paling teruk dilancar banjir di Australia diberi amaran tidak cuba meredah air kerana selain ada kemungkinan dihanyutkan arus, mereka juga berdepan risiko digigit ular dan diserang buaya.

Sebahagian besar kawasan bandar Rockhampton tenggelam, semalam dengan 75,000 penduduk bersiap menghadapi banjir baru sehingga hari ini.
Berikutan amaran itu, penduduk menggunakan bot untuk pergi ke tempat perlindungan manakala anggota polis memeriksa sama ada rumah mangsa berpenghuni atau tidak. Sekurang-kurangnya dua orang lemas selepas kereta mereka dihanyutkan.
Datuk Bandar, Brad Carter memberi amaran penduduk melihat banyak ular dan haiwan lain cuba mencari tempat lebih kering.

Beliau juga berkata, ada beberapa buaya dilihat dari masa ke masa merentasi Sungai Fitzroy.

“Kami tidak fikir ia memberi risiko keselamatan awam jika penduduk tidak menyelam tetapi jika mereka berbuat demikian, keselamatan tidak dapat dijamin,” kata Carter kepada akhbar The Australian.

Pekerja kebajikan haiwan, Wendy Hilcher, berkata rasa takut terhadap ular dan buaya menjejaskan operasi menyelamat haiwan yang ditinggalkan penduduk ketika mereka pergi mencari tempat lebih selamat.
Rockhampton satu daripada 22 bandar di kota Queensland yang dilanda banjir sejak sebelum Krismas.

Tiada yang maut kerana air naik di Rockhampton, tetapi air sungai melimpah dan banjir menjadi punca 10 kematian di Queensland sejak November lalu.

Perdana Menteri, Julia Gillard, berkata kerugian ditaksirkan beratus juta dolar. Hujan semakin kurang dan paras air menurun di beberapa bandar di Queensland.

Di seluruh bandar itu, 1,000 orang tinggal di pusat perpindahan. Air hanya dijangka surut selepas sebulan. – Agensi

No comments:

Post a Comment