Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Bayi perempuan ditinggalkan dalam kotak

Utusan Malaysia Online - Jenayah


KLANG 7 Jan. - Seorang bayi perempuan dijumpai ditinggalkan di dalam kotak di hadapan sebuah premis kosong di Taman Sentosa di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner, Muhamad Md. Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan telefon pukul 5.30 petang daripada seorang lelaki tempatan sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Menurut beliau, ketika tiba di lokasi, polis menemui seorang bayi perempuan berusia empat hingga lima bulan di dalam sebuah kotak.
"Bayi itu lengkap berpakaian dan masih hidup tetapi tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui bersamanya.
"Bayi yang ditemui itu juga tidak mempunyai parut suntikan BCG dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Muhamad berkata, bayi malang itu telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk diberi rawatan susulan.
Katanya, bayi berkenaan juga dipercayai mengalami masalah kesihatan kerana kepalanya didapati besar sedikit.
Ujarnya, pihak hospital akan membuat pemeriksaan lanjut berkaitan masalah kesihatan bayi terbabit.
Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.


No comments:

Post a Comment