Search This Blog

Tuesday, January 4, 2011

Bapa bunuh anak dituduh ‘kebaratan’

Berita Harian Online | Bapa bunuh anak dituduh ‘kebaratan’




2011/01/04

PHOENIX: Seorang pendatang Iraq yang dituduh membunuh anak perempuannya kerana dia percaya anaknya terlalu kebaratan, akan dibicarakan bulan ini di Arizona dalam kes yang memberi kesedaran terhadap insiden digelar ‘pembunuhan bermaruah’ di Amerika Syarikat.

Faleh Hassan Al Maliki, 50, berdepan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan. Pada Oktober 2009, dia memandu Jeep merempuh anak perempuannya, Noor Al Maliki, 20, kata pendakwa raya.
Anaknya yang sekian lama mahu hidup dalam persekitaran biasa Amerika, koma selama dua minggu sebelum meninggal dunia, kes yang menimbulkan kemarahan.
Faleh membawa keluarganya berpindah dari Iraq ke pinggir bandar ini di Glendale pada pertengahan 1990 an. Dia dan Noor Al Maliki mempunyai hubungan tidak baik, menurut polis dan rekod mahkamah serta rakan rapatnya.

Pada usia 17 tahun, Noor enggan mengikuti kehendak bapanya yang mengatur perkahwinannya di Iraq, mencetuskan kemarahan bapanya, menurut satu dokumen mahkamah difailkan pendakwa raya.

Pada usia 19 tahun, Noor berpindah ke pangsapurinya sendiri dan mula bekerja di sebuah restoran makanan segera namun berhenti dan meninggalkan tempat barunya selepas ibu bapanya kerap muncul di tempat kerja, memaksanya kembali ke rumah, kata dokumen.

Lewat 2009, dia berpindah ke rumah keluarga teman lelaki, Raikan dan Amal Khalaf, sejurus selepas dia muncul di rumah mereka dan berkata dipukul ibu bapanya.
Faleh kerap mengganggu anak perempuannya dan keluarga Khalaf, pernah memberitahu Raikan Khalaf jika anak perempuannya tidak berpindah dari rumah mereka, ‘sesuatu yang buruk akan berlaku’.

Kemudian pada 20 Oktober 2009, Noor melihat bapanya apabila dia dan Amal Khalaf melawat pejabat Jabatan Keselamatan Ekonomi. – Agensi

No comments:

Post a Comment