Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Amukan madu cemburu buta

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my
JITRA – Akibat gagal mengawal perasaan cemburu membuak-buak, seorang wanita yang berkongsi kasih seorang lelaki sanggup menetak kepala madu dan anak tirinya dengan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, Sungai Korok di sini semalam.

Akibat serangan tanpa belas kasihan pada pukul 10.30 pagi itu, mangsa Siti Aminah Hanapi, 50, cedera parah di dahi, pipi kanan dan tangan kiri manakala anaknya, Nurul Syuhada Saad, 16, pula cedera di kaki kanan.

Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Jitra di sini oleh seorang jiran namun dua jam kemudian Siti Aminah yang cedera parah terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Nurul Syuhada ketika ditemui di Hospital Jitra berkata, sebelum ini, ibu tirinya yang dikenali dengan nama Mah, 20-an, tinggal berasingan di Kuala Nerang dekat sini namunberpindah tinggal serumah dengan ibunya sejak beberapa hari lalu."

No comments:

Post a Comment