Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

Agensi perisikan siasat Renault



GAMBAR fail menunjukkan bentuk kereta elektrik model Fluence ZE buatan Renault yang dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Paris, Perancis pada 1 Oktober lalu.


PARIS - Pejabat Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengarahkan Perkhidmatan Perisikan Perancis (DCRI) untuk menyiasat isu pengintipan industri yang berlaku dalam industri pembuat kereta Renault.
Perkhidmatan perisikan itu akan menyiasat kemungkinan wujud hubungan dengan China dalam skandal tersebut. Pada Rabu lalu, syarikat pembuat kereta Renault itu menggantung tiga pegawai pengurusan tertingginya ekoran isu skandal kebocoran maklumat pembuatan kereta elektrik yang diketahui China.
Menurut akhbar Le Figaro, sumber syarikat tersebut menyatakan ketiga-tiga pegawai tersebut disyaki membocorkan maklumat rahsia mengenai kereta elektrik yang menjadi hala tuju masa depan Renault kepada pihak China.
Syarikat Renault kelmarin menyatakan bahawa aset-aset strategik, intelektual dan teknologi telah menjadi sasaran. Namun, ia tidak menjelaskan pihak mana yang akan memperoleh manfaat daripada kebocoran rahsia itu.
Syarikat Renault dan rakan kerjasamanya dari Jepun, Nissan merancang untuk melancarkan beberapa model kenderaan elektrik menjelang 2014.
Ia bagi memenuhi permintaan terhadap kenderaan lebih mesra alam yang penjualannya semakin meningkat.
Syarikat Renault membuat banyak pelaburan dalam bidang teknologi kenderaan elektrik. - Agensi

No comments:

Post a Comment