Search This Blog

Tuesday, January 4, 2011

5 kanak-kanak korban tanah runtuh, bah

myMetro | 5 kanak-kanak korban tanah runtuh, bah: "


MANILA: Insiden tanah runtuh dan banjir ekoran hujan lebat sejak beberapa hari di tengah Filipina mengorbankan lima kanak-kanak, termasuk seorang bayi lelaki berusia setahun dan kakaknya yang berusia lima tahun.

Dua kanak-kanak itu ditimbus lumpur ketika sedang tidur. Menurut pegawai pertahanan awam, kira-kira 1,000 penduduk bandar St Bernard di Pulau Leyte menyelamatkan diri ke pusat perlindungan selepas kejadian tanah runtuh melanda bandar itu, kelmarin.


Bandar itu mencatatkan satu daripada bencana paling buruk di Filipina apabila runtuhan tanah berlumpur menimbus keseluruhan kampung dengan lebih 1,000 penduduk di Guinsaugon pada Februari 2006 lalu.

Ketua pertahanan awam daerah, Angel Gaviola, berkata, mayat kanak-kanak berusia tiga tahun yang hilang dalam kejadian kelmarin sudah ditemui, manakala dua lagi kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun hanyut dibawa arus banjir di kawasan lain di selatan pulau berkenaan. - AP"

No comments:

Post a Comment