Search This Blog

Monday, January 24, 2011

2 pemandu bas ekspres disaman



KUALA LUMPUR 23 Jan. - Gara-gara berkaki ayam semasa memandu, dua pemandu bas ekspres menerima padah apabila disaman dalam operasi di Lebuh Raya Sungai Buloh, dekat sini malam kelmarin.
Operasi selama empat jam itu bermula pukul 11.30 malam dan memberi tumpuan terhadap kenderaan perdagangan termasuk bas ekspres.
Menurut Ketua Operasi Trafik Bukit Aman, Deputi Supritendan Azmi Mansor, kesalahan itu antara 47 salah laku dikesan Cawangan Polis Trafik Bukit Aman.
Katanya, antara kesalahan lain ialah memandu melebihi had laju (13), tidak memiliki lesen memandu (12) dan tiada pemandu kedua (enam).
"Selain itu, tiada segi tiga keselamatan (tiga), masing-masing satu kerana tidak mematuhi syarat permit, tidak memiliki Lesen Memandu Kenderaan Barang (GDL) dan cukai jalan tamat tempoh," katanya ketika ditemui selepas operasi.
Menurutnya, pihaknya akan meneruskan operasi sama bagi memastikan pemandu bas ekspres mematuhi undang-undang demi keselamatan pengguna.

No comments:

Post a Comment