Search This Blog

Tuesday, January 4, 2011

2 ditahan, sindiket edar dadah tumpas

Kosmo! Online - Terkini: "
04/01/2011 6:15pm

KUALA TERENGGANU – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan penahanan dua lelaki dipercayai pengedar yang berselindung di sebalik perniagaan pakaian terpakai dalam satu serbuan di Kampung Pakoh Jaya, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Supt Roslan Abd Wahid berkata, serbuan ke kedai berkenaan dilakukan kira-kira pukul 5 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota JSJN negeri setelah melakukan intipan hampir setahun.

'Sebaik menyedari kehadiran polis, dua lelaki yang berada di dalam kedai itu telah cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan, namun hasil tindakan pantas kita berjaya menahan kedua-dua suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam kedai itu, polis berjaya menemui dadah berkualiti tinggi yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran iaitu heroin seberat 26 gram, syabu (7.5 gram), pil kuda (50 biji), dan kodein (400ml) yang kesemuanya dianggar bernilai RM16,000.

Roslan berkata, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berkenaan dipercayai telah hampir setahun menjalankan kegiatan itu dengan membekalkan dadah ke kawasan utara Kuala Terengganu dan tanah rancangan. – Bernama"

No comments:

Post a Comment