Search This Blog

Saturday, January 8, 2011

2 bekas pengarah bersalah dagang saham syarikat

myMetro | 2 bekas pengarah bersalah dagang saham syarikat: "


KUALA LUMPUR: Dua bekas pengarah syarikat pelaburan termasuk seorang bergelar Datuk didapati bersalah atas tuduhan memperdagangkan secara aktif saham syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah, Suremax Group Berhad (Suremax) sehingga menimbulkan keadaan mengelirukan di Bursa Malaysia Securities Berhad (BMSB), lima tahun lalu.

Hakim SM Komathy Suppiah membuat keputusan itu terhadap bekas pengarah kumpulan Impetus Consolidated Sdn Bhd, Datuk Philip Wong Chee Keong, 48, dan bekas pengarah eksekutif syarikat itu Bun Lit Chun, 41, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Beliau bagaimanapun menetapkan 12 Januari ini untuk rayuan dan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh.

Kedua-dua mereka kelihatan tenang ketika mendengar keputusan itu."

No comments:

Post a Comment