2010/10/09
KABUL: Satu letupan kuat berlaku di sebuah masjid, mengakibatkan 20 orang terkorban termasuk gabenor wilayah di utara Afghanistan semalam. Lebih 35 orang cedera dalam letupan ketika solat Jumaat di masjid Shirkat di wilayah Takhar, kata ketua polis wilayah, Jeneral Shah Jahan Noori.Gabenor wilayah Kunduz yang terletak bersebelahan wilayah berkenaan, Mohammad Omar, terbunuh dalam letupan itu, kata Shah Jahan.Gabenor Takhar, Abdul Jabar Taqwa berkata, Omar mungkin sasaran mereka. “Kami percaya sebutir bom dipasang di masjid berkenaan untuk membunuh gabenor berkenaan,” katanya.
Utara Takhar menyaksikan keganasan meningkat ketika pasukan keselamatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Afghanistan memperhebatkan lagi operasi sejak beberapa minggu lalu.