Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

Wanita, lelaki ditahan kes peniaga rentung


05/12/2010 5:30pm

IPOH - Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang peniaga yang ditemui rentung dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan Perindustrian Ringan Kinta Jaya, Kampung Rapat, Khamis lepas.
Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, mereka ditahan pada pukul 6.30 petang semalam di sebuah rumah di Kampung Tersusun Sengat, Simpang Pulai.
Wanita yang ditahan itu berusia 31 tahun, merupakan isteri mangsa manakala suspek lelaki pula berumur 29 tahun dan tinggal bersama keluarga mangsa, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dzuraidi berkata, mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian pada Khamis lepas, seorang lelaki ditemui rentung dalam kenderaan yang terbakar di lorong belakang sebuah kilang di kawasan Perindustrian Ringan Kinta Jaya, Kampung Rapat kira-kira pukul 1.15 pagi.
Mangsa S.Jegadeson, 34, dari Taman Botani di sini ditemui rentung di tempat duduk belakang kenderaan itu oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat selepas kebakaran dipadamkan.
Dia dipercayai dibakar hidup-hidup dan ketika ditemui mulutnya ditutup dengan pita pelekat. - Bernama

No comments:

Post a Comment