Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Tujuh remaja diberkas rai kejayaan Malaysia


 



SHAH ALAM – Sekumpulan remaja bawah umur yang leka meraikan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 di sebuah pusat hiburan di ibu kota, mengundang padah selepas ditahan dalam serbuan awal pagi semalam.

Tujuh remaja terbabit terdiri daripada lima lelaki dan selebihnya perempuan, berusia antara 16 dan 18 tahun menyaksikan perlawanan secara langsung dari Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, melalui layar gergasi di Dataran Merdeka.

Mereka meraikan kemenangan itu di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy, berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.

Dalam operasi kira-kira jam 2 pagi itu, remaja terbabit sedang berhibur sambil meraikan kejayaan pasukan negara bersama-sama 40 pengunjung lain.

Lima daripada 40 pengunjung yang diperiksa, berumur lingkungan 23 hingga 30 tahun, didapati positif dadah jenis amphetamine dan mephetamine.

Semua mereka dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, pusat hiburan itu akan di kompaun kerana membenarkan remaja bawah umur memasuki premis itu.

No comments:

Post a Comment