Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

Tiga rentung kereta rempuh treler




BEGINILAH keadaan kereta MyVi yang terbakar selepas merempuh treler di Kilometer 241, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di Rembau semalam.




REMBAU - Seorang pemandu dan dua penumpang rentung apabila kenderaan yang mereka naiki terbakar selepas merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 241 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, hanya seorang mangsa berjaya dikenal pasti iaitu Mohd. Azrul Syafiq Mohd. Affendi, 23.
Dua lagi mangsa gagal dikenal pasti kerana kedua-dua mayat rentung sepenuhnya.
Jurucakap polis berkata, buat masa ini hanya keluarga Mohd. Azrul yang berasal dari Kampung Solok Jeram, Rumbia, Melaka tampil membuat pengecaman.
"Mangsa dicam oleh ibunya berdasarkan seluar dalam dan rantai pada leher mangsa.
"Kita sedang berusaha mengenal pasti identiti dua lagi mayat yang dipercayai rakan Mohd. Azrul. Sehingga sekarang tiada waris tampil membuat pengecaman," katanya di sini semalam.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua MyVi yang dinaiki mangsa terlanggar belakang sebuah treler yang sedang bergerak di lorong perlahan di lebuh raya berkenaan.

No comments:

Post a Comment