Search This Blog

Wednesday, December 29, 2010

Tiga maut tiga kemalangan berasingan



29/12/2010 4:19pm

IPOH - Tiga termasuk dua pelajar terbunuh dalam tiga kemalangan yang berlaku di sekitar Perak malam tadi.
Ketua Polis Trafik negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata, kejadian pertama berlaku pukul 9.55 malam di KM 13 Jalan Ulu Kenas-Kuala Kangsar membabitkan pertembungan dua buah motosikal yang ditunggang dua pelajar.
Dalam kejadian itu Ahmad Khairani Ahmad Daud, 15, terbunuh, manakala seorang lagi penunggang yang hanya dikenali sebagai Aidil, 17, cedera, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata, Ahmad Khairani yang juga pelajar Sekolah Menengah Raja Muda Musa meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar kerana kecederaan parah di kepala akibat tidak memakai topi keledar.
Kemalangan kedua berlaku pukul 10.30 malam di Jalan Kampung Gudang Jelai-Batu Kurau, melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta, katanya. - Bernama
kosmo

No comments:

Post a Comment