Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Tiga maut serangan bom ke atas bas di Nairobi





2010/12/21

NAIROBI: Sekurang-kurangnya tiga maut manakala 23 lagi parah apabila bom meletup di dalam bus yang dalam perjalanan ke Kampala, di tengah Nairobi, semalam. 

Ketua Polis Kampala sebelum itu memberi amaran keras kepada puak militan Islam yang dikatakan merancang serangan sepanjang sambutan Krismas ini. Polsi berkata, seorang lelaki yang membawa bersamanya sebuah beg ditahan bagi siasatan ketika dia berada tidak jauh dari jalan berlakunya letupan berkenaan.

“Kami sedang menyiasat kaitan beg yang dibawa lelaki ini dengan letupan bom yang berlaku dalam bas berkenaan," katanya. 

Ketua Polis Kenya, Mathew Iteere tidak menolak kemungkinan letupan itu perbuatan pengganas. - AFP

No comments:

Post a Comment