Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Tiada limau beracun dari Shanghai dibawa masuk


15/12/2010 7:13pm

PUTRAJAYA — Limau dari Shanghai, yang dipercayai diwarnakan dengan bahan lilin beracun oleh peniaga di bandar raya China itu, tidak dibawa masuk ke negara ini, kata Kementerian Kesihatan hari ini.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, ia adalah hasil siasatan dan pemantauan yang telah dijalankan di pintu masuk negara sehingga hari ini.
"Pemantauan di pasar raya di Johor, Pulau Pinang dan Selangor, mendapati tiada produk tersebut dijual di pasaran tempatan,” kata kementerian itu bagi merujuk kepada laporan akhbar tempatan baru-baru ini bahawa pihak berkuasa Shanghai telah mengarahkan peniaga buah-buahan supaya memberhentikan penjualan limau yang dipercayai diwarnakan dengan bahan lilin beracun supaya buah itu kelihatan segar dan dapat dijual dengan harga lebih tinggi.
Menurut kenyataan itu, Peraturan-peraturan Makanan 1985 memperuntukkan bahawa buah-buahan mentah dan segar boleh mengandungi bahan pewarna yang dibenarkan bagi tujuan penggredan manakala lilin bergred makanan boleh digunakan bagi membersihkan dan menyediakan buah-buahan mentah untuk jualan.
Kementerian meminta orang ramai yang mengesyaki adanya bahan pewarna di permukaan limau yang dijual di pasaran supaya melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri. — Bernama

No comments:

Post a Comment