Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

Terkejut ada bas dalam rumah




WALAUPUN bahagian hadapan rumah rosak teruk, Wan Meriam sekeluarga terselamat kerana mereka tidur di tingkat atas.




PASIR MAS – Seramai 11 sekeluarga nyaris maut apabila sebuah bas ekspres merempuh rumah mereka di Kampung Wakaf Merah, Tendong di sini awal pagi semalam.
Pemilik rumah berkenaan, Wan Meriam Wan Idris, 43, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi ketika beliau serta sembilan anaknya yang berusia antara tiga hingga 18 tahun sedang nyenyak tidur di bahagian atas rumah dua tingkat itu.
Suaminya, Zakaria Dollah, 66, berada di bilik air ketika bunyi dentuman kuat mengejutkan mereka sekeluarga.
“Saya terdengar dentuman selain bunyi penggera kereta.
“Apabila keluar untuk melihat apa yang berlaku, kami terkejut mendapati sebuah bas ekspres berada di dalam rumah kami.
“Selain bahagian hadapan rumah musnah, belakang kereta Toyota Corrolla SE saya juga remuk,” katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment