Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Taun di Haiti terus buruk, angka korban cecah 3,000




2010/12/31

PORT-AU-PRINCE: Angka korban akibat wabak taun di Haiti terus meningkat kepada 2,901 orang dengan rekod rasmi menunjukkan angka kematian harian juga semakin melonjak sejak wabak menular pertengahan Oktober lalu. 

Bilangan kematian pada 19 Disember mencecah 100, iaitu rekod harian tertinggi berbanding 80 kematian pada pertengahan November lalu.Sehingga kini, jumlah keseluruhan mereka yang menghidap taun ialah 150,000 orang manakala taun turut menular ke negara jirannya, Republik Dominica yang kini mempunyai 139 kes. - AFP

No comments:

Post a Comment