Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Seorang Anggota Polis Parah Dilanggar Pemandu Mabuk



31/12/2010 13:52:20 
Seorang anggota polis cedera parah manakala seorang lagi penunggang motosikal mengalami cedera ringan selepas dilanggar pemandu mabuk.

Kejadian berlaku di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang jam 12.30 malam semalam.

Pemandu kereta Proton Persona terbabit dipercayai memandu terlalu laju sehingga tidak dapat memberhentikan kenderaannya apabila melihat sekatan jalanraya di Jalan Paya Terubong menghala ke Balik Pulau.

Dia hilang kawalan lalu merempuh sekatan jalanraya dan melanggar penunggang motosikal yang sedang berhenti untuk pemeriksaan polis.

Akibatnya, penunggang motosikal itu tercampak di atas jalanraya, mengalami cedera ringan di tangan dan kaki.

Manakala motosikalnya diheret hampir 100 meter di bawah kereta terbabit.

Disebabkan hentakan kuat, kereta berkenaan terbabas dan melanggar dua kenderaan pacuan empat roda milik polis di tepi jalan.

Seorang anggota polis bertugas, Lans Koperal Amirrul Fitri Norizzat, 25 tahun dari batalion satu pasukan gerakan am Ulu Kinta, Perak, tersepit antara dua kenderaan berkenaan.

Dia yang cedera parah di kaki dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Pemandu berkenaan, 33 tahun, ditahan di bawah Seksyen 41 Kurungan Tiga Akta Pengangkutan Jalan.

No comments:

Post a Comment