Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Salji masih belenggu Eropah



FRANKFURT 20 Dis. - Cuaca buruk musim sejuk memaksa pihak berkuasa membatalkan kira-kira 300 penerbangan di lapangan terbang utama Jerman di Frankfurt hari ini dan mereka menjangka salji turun lagi pada petang ini.
Langkah itu diambil sehari selepas ratusan penerbangan lain dibatalkan.
"Landasan dibuka dan salji belum turun buat ketika ini, tetapi kami menjangka salji setebal satu hingga tiga sentimeter sepanjang petang ini," kata seorang jurucakap lapangan terbang.
Semalam kira-kira separuh daripada 1,329 penerbangan yang dijadualkan di sini terpaksa dibatalkan, terutamanya kerana lapangan terbang lain di seluruh Eropah ditutup akibat salji dan ais.
Di London, Paris, Amsterdam dan Brussels, penerbangan juga dibatalkan dan pihak berkuasa memberi amaran banyak penerbangan dijangka tergendala sehingga ke hujung minggu ini.
Salji tebal dan ais membantutkan pelan perjalanan penumpang di seluruh Eropah semalam pada hujung ming gu terakhir sebelum 25 Disember.
Ratusan penumpang terpaksa bermalam di terminal selepas terperangkap di situ apabila penerbangan mereka dilencongkan dari lapangan terbang yang terjejas dan mereka tidak mempunyai visa untuk meninggalkan ruang menunggu bagi penumpang transit.
Penumpang di lapangan terbang Heathrow di London terkandas buat hari ketiga hari ini apabila cuaca sejuk memaksa penerbangan ditangguhkan dan dibatalkan lagi.
Seorang penumpang, Trevor Taylor yang menunggu bersama-sama isteri dan dua anak kecilnya untuk penerbangan ke Singapura sejak dua hari lalu, menggambarkan keadaan di Terminal 5 sebagai 'huru-hara'.
"Tahap kesabaran semakin menurun. Saya tidur di lantai marmar yang sejuk dan setiap ruang yang anda dapat lihat sudah diambil orang," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment