Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Rokok seludup RM85.7j



ISMAIL (tengah) menunjukkan sampel rokok seludup di Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA - Aktiviti penyeludupan rokok seludup mencatatkan peningkatan kepada RM85.7 juta sehingga 2 Disember lalu berbanding RM70.9 juta dalam tempoh yang sama pada 2009.
Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Ismail Ibrahim berkata, jumlah tersebut adalah daripada 2,568 kes yang berjaya dikesan oleh agensi itu.
"Pada tahun 2008, penyeludupan rokok seludup ini hanya mencatatkan sebanyak 1,123 kes sahaja dan meningkat kepada 1,799 kes pada 2009.
"Lebih membimbangkan apabila rokok seludup kini menjadi barangan pertama dalam senarai barang-barang yang sering diseludup," ujarnya dalam Program Mesra Media Kastam di sini semalam.

No comments:

Post a Comment