Search This Blog

Wednesday, December 29, 2010

Remaja maut bertembung kereta abang



Oleh Fazurawati Che Lah
bhkb@bharian.com.my
2010/12/29

Pelajar tunggang motosikal dilanggar selepas memotong 

TUMPAT: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta Iswara dipandu abangnya, dekat jalan Kampung Bendang Pak Yong, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, Mohd Syafiq Ghani, 16, yang menaiki motosikal Yamaha 125 maut ketika dalam perjalanan ke hospital Tumpat, manakala abangnya Mazlan, 19, terseliuh tangan kiri.
Mangsa yang keluar dari rumahnya di Kampung Bendang Pak Yong dalam perjalanan ke Kota Bharu bertembung dengan kereta dipandu abangnya dari arah bertentangan selepas memotong kenderaan lain. 

Ibu saudara mangsa, Rokiah Ismail, 53, berkata beliau terkejut sebaik menerima panggilan daripada sau-daranya untuk memaklumkan kejadian yang menimpa anak saudaranya itu pada jam 6 petang sebelum bergegas ke hospital. 

Katanya, beliau tidak melihat perubahan ketara membabitkan anak saudaranya sebelum dikejutkan dengan kemalangan yang menimpanya. 

“Dia begitu beriya-iya mahu memotong rambutnya berikutan tidak sabar mahu memulakan sesi persekolahan Ahad ini,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa, di sini, semalam. 
Rokiah berkata, arwah yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat, di sini, begitu rapat dengan abangnya dan kejadian berlaku membuatkan abangnya trauma. 

Mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Bendang Pak Yong, pada jam 11 malam selepas dituntut keluarga. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Khalid Munap ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

“Orang ramai yang melihat kejadian ini diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya. 

bharian

No comments:

Post a Comment