Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Rakyat AS cabut plug pembesar suara masjid


PRAYA 14 Dis. - Pendakwa raya Indonesia hari ini meminta mahkamah menjatuhkan hukuman tujuh bulan penjara kepada seorang pesara warga Amerika Syarikat (AS) yang didakwa melakukan penghinaan agama selepas mencabut plug pembesar suara sebuah masjid ketika sembahyang tarawih Ramadan lalu.
Insiden pada 22 Ogos ketika ramai umat Islam menunaikan ibadat sunat itu menyebabkan jurutera California yang dikenali sebagai Gregory Luke, 64, terpaksa diiringi polis untuk keluar dari rumahnya di Lombok selepas penduduk yang naik berang mahu memukulnya.
Pendakwa raya mendakwa Luke menghina Islam apabila dia menyerbu masuk ke dalam masjid dan mengadu yang bacaan sembahyang tarawih terlalu kuat.
"Kami mencadangkan hukuman penjara tujuh bulan dikenakan kerana dia bersalah melakukan penghinaan agama dan kelakuan berdasarkan rasa benci," kata pendakwa raya Baiq Nurjanah kepada mahkamah di Praya, Lombok.
Luke yang dilihat memakai kain sarung, kemeja polo dan songkok, meminta hakim meringankan hukuman dan meminta maaf atas salah lakunya itu. - AFP

No comments:

Post a Comment