Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Polis wanita ditahan jual dadah sintetik kepada kaki joli

SAINT PETERSBURG: Seorang polis wanita Russia ditahan di Saint Petersburg kerana cuba menjual dadah sintetik popular kepada penagih dan pengunjung kelab malam, kata pihak berkuasa semalam.
Jurucakap polis berkata, Yana Frolova, 21, bersekongkol dengan seorang lelaki berusia 32 tahun menjual lebih dua kilogram natrium oxybutyricum pada harga kira-kira RM1,000.
“Dadah itu - biasanya dinamakan GBH - popular di kalangan pengunjung kelab malam,” katanya.

Tangkapan dilakukan kelmarin. - AFP

No comments:

Post a Comment