Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Polis Pahang cari dua waris mangsa bunuh



KUANTAN 30 Dis. - Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan barang-barang ditemui bersama mayat gadis dikerat enam bahagian di Kilometer 2.3 menghala ke Gohtong Jaya dekat Genting Highlands, pada 11 Disember lalu, supaya tampil membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, terdapat dua beg pakaian yang bertulis laundry bag hotel dan sehelai sarung kusyen digunakan untuk menyimpan anggota badan gadis orang kurang upaya (OKU) tersebut.
Sehingga kini beliau berkata, tiada waris yang tampil mengecam dan menuntut mayat gadis OKU tersebut.
"Walaupun kematian gadis OKU itu akibat penyakit radang paru-paru namun misteri mayatnya dikerat enam dan dibuang di tempat kejadian masih belum terjawab.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan barang-barang tersebut diminta menghubungi polis dengan segera," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang gadis OKU dipercayai berketurunan India berusia lingkungan 15 hingga 16 tahun ditemui dikerat enam bahagian di Kilometer 2.3 jalan menghala ke Gohtong Jaya dekat Genting Highlands.
Sementara itu, katanya, polis meminta waris atau kenalan kepada lelaki yang ditemui mati akibat ditembak di kepala dan belakang badan di Kilometer 46.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, juga pada tarikh sama turut tampil memberi kerjasama.
Mayat mangsa, Ng Lai Huat, 43, yang pernah berkahwin dan alamat terakhirnya di No. 61 Kampung Stesen Kuala Kangsar, Perak, masih belum dituntut sehingga kini.
"Motif pembunuhan itu juga masih dalam siasatan dan kita minta sesiapa yang mengenali mangsa tampil memberi kerjasama," ujarnya.
Akhbar pada 11 Disember lalu, melaporkan mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan tembakan di kepala dan belakang badannya di Kilometer 46.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

No comments:

Post a Comment