Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Polis janji siasat nahas secara terperinci



KUALA LUMPUR 20 Dis. - Polis Diraja Malaysia akan menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kemalangan membabitkan sebuah bas membawa pelancong Thailand yang berlaku di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai hari ini sehingga meragut 27 nyawa.
Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya akan menyiasat punca kemalangan tersebut daripada pelbagai sudut, termasuk melihat bagaimana ia berlaku sehingga menyebabkan ramai mangsa terbunuh.
"Kita bukan sahaja melihat kepada faktor teknikal tetapi akan mengkaji dari semua aspek berhubung punca kemalangan tersebut berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysiahari ini.
Sementara itu, Kementerian Pelancongan akan memulakan siasatan terhadap syarikat SK Murni Tours & Travel Sdn. Bhd, iaitu syarikat yang didaftarkan sebagai pemilik bas persiaran dua tingkat yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Menurut Unit Komunikasi Korporat kementerian, siasatan terperinci akan dijalankan di bawah Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999.
"Tindakan menggantung atau membatalkan lesen bas persiaran akan ditentukan selepas mengambil kira hasil siasatan yang dijalankan oleh semua agensi kerajaan yang terlibat.
"Kementerian juga telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat itu bagi mendapatkan penjelasan tentang kejadian berkenaan," menurut kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment