Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Penggodam serang Twitter


GAMBAR menunjukkan laman web Gawker.


NEW YORK – Penggodam-penggodam melancarkan serangan siber ke atas laman jaringan sosial Twitter dengan menggunakan lebih 1.3 juta kata laluan yang dicuri daripada laman web media, Gawker, lapor sebuah akhbar semalam.
Penggodam-penggodam tersebut menggunakan kata laluan yang dicuri untuk menceroboh ke dalam beribu-ribu akaun pengguna Twitter.
Mereka kemudian menghantar mesej sampah promosi minuman buah beri dari akaun-akaun yang digodam itu.
Mengulas mengenai serangan siber itu, Twitter menyatakan, pengguna- pengguna yang menggunakan kata laluan untuk laman web Gawker dan Twitter yang sama atau akaun perbankan Internet berisiko terkena serangan tersebut.
Amazing things happen when you say Yes

Bilangan sebenar akaun Twitter yang digodam
tidak dapat dipastikan tetapi dalam masa beberapa jam sahaja, beratus-ratus ribu daripada sejumlah 175 juta akaun Twitter telah menyebarkan mesej sampah itu.
Motif serangan tersebut mungkin disebabkan laman web Gawker kerap mengkritik sebuah kumpulan penggodam komputer yang dikenali sebagai 4Chan. – Agensi

No comments:

Post a Comment