Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Pengawal halang lelaki curi kereta hilang empat gigi

AMPANG: Seorang pengawal keselamatan kehilangan empat gigi selepas ditumbuk seorang lelaki yang cuba mencuri kereta di Pangsapuri Sri Baiduri, Taman Ukay Perdana, di sini.
Dalam kejadian kira jam 4 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang berusia 30-an menjalankan tugas rondaan dan terserempak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di parkir. Menurut sumber polis, mangsa yang melihat lelaki terbabit memegang serangkai kunci dipercayai untuk mencuri kereta menghampirinya membuatkan suspek terkejut.

“Suspek tiba-tiba menyerang pengawal keselamatan berkenaan dan melepaskan tumbukan ke muka mangsa.

“Dalam keadaan menahan kesakitan dan berdarah, mangsa bergelut dengan suspek terbabit untuk menahannya,” katanya.

Menurutnya, tindakan mangsa itu menimbulkan kemarahan suspek sebelum dia menendang mangsa yang kemudian terpelanting ke dalam longkang.

“Mangsa ketika itu tidak berdaya bangun untuk melawan suspek dan penjenayah terbabit untuk melarikan diri,” katanya.

Sumber berkata, berikutan itu, mangsa cedera di muka dan anggota badan selain patah empat gigi.

No comments:

Post a Comment