Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
KUANTAN - Nasib menyebelahi anak perempuan Ketua Pemuda MCA Kuantan apabila dua lelaki yang 'menculiknya' di Bukit Pelindung di sini petang kelmarin, bertindak melepaskan mangsa kira-kira dua setengah jam kemudian.
Andy Chew Yoke Theng, 46, berkata, peristiwa 'penculikan' anaknya yang berusia lapan tahun itu disedarinya kira-kira pukul 5.30 petang apabila beliau dimaklumkan oleh isterinya.
"Semasa anak saya sedang bermain dengan anak jiran di hadapan rumah kami, tiba-tiba datang dua lelaki menaiki kereta dipercayai berwarna hijau.
"Kedua-dua lelaki itu kemudian menangkap dan melarikan anak kedua saya itu. Isteri kemudian menelefon saya dan beritahu mengenai anak kena culik," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
No comments:
Post a Comment