Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Penceroboh tanggung risiko

MELAKA: Pengurusan Tiara Melaka Golf & Country Club kesal tindakan pihak tidak bertanggungjawab menceroboh kawasan kelab golf berkenaan sambil memberi amaran individu ditangkap melakukan kesalahan itu akan dikenakan tindakan.
Pengurus Kelab Tiara Melaka Golf & Country Club, Johari Md Derus, berkata pihaknya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian terhadap individu didapati menceroboh kawasan seluas 161.8 hektar itu.

“Kawasan kelab golf ini kawasan hutan ditutupi pagar dawai dan bukan pagar tembok simen. Namun, ketika ini ada kerja pembaikan jalan dan longkang menyebabkan ada pagar yang berlubang dan boleh dimasuki sesiapa saja.

“Namun, apa yang berlaku kepada si penceroboh risiko sendiri dan sekiranya kami dapat menahan mereka, kami akan kenakan tindakan.

“Saya difahamkan ketika kejadian kawasan tasik itu gelap. Meskipun kami mempunyai pengawal, namun mereka berkawal untuk kawasan rumah banglo,” katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau mengulas kejadian seorang pekerja kontrak, Azrul Jaapar, 24, ditemui lemas dalam tasik di kelab itu ketika mencari bola golf terpakai, awal pagi semalam.

No comments:

Post a Comment