Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Peluang 17 lagi nelayan yang hilang untuk hidup semakin tipis




WELLINGTON - Pasukan mencari menghentikan operasi untuk mencari 17 lagi nelayan yang hilang selepas kapal pukat tunda milik Korea Selatan karam di lautan Antartika memandangkan peluang untuk mereka terselamat adalah sangat tipis, semalam.

Seramai 20 nelayan diselamatkan manakala lima lagi terkorban apabila kapal "Number One Insung" itu karam dan dikatakan kejadian itu berpunca akibat terlanggar bongkah ais di kawasan tersebut.

Harapan untuk menyelamatkan kesemua 17 nelayan yang hilang menemui jalan buntu apabila tiga kapal pukat tunda yang melakukan usaha mencari sepanjang malam kelmarin tidak berhasil.

Pasukan Maritim New Zealand berkata, mangsa tidak mampu bertahan lebih daripada 30 jam di Laut Selatan tanpa memakai jaket keselamatan yang lengkap.

Menurut jurucakap pengawal pantai di pelabuhan Busan yang terletak di Korea Selatan, seramai lapan warganegara Korea, lapan warganegara China, 11 warganegara Indonesia, 11 warganegara Vietnam, tiga warganegara Filipina dan seorang warganegara Rusia berada di atas kapal pukat tunda tersebut sebelum kejadian itu berlaku.

No comments:

Post a Comment