Search This Blog

Friday, December 17, 2010

Pekerja kilang sawit ditahan disyaki gugur janin


KUANTAN 16 Dis. - Seorang gadis berusia 20 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berikutan penemuan janin di rumahnya di Felda Selancar 6, Cenderawasih dekat Rompin, semalam.
Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menemui janin itu tertanam di tepi rumah gadis terbabit.
Katanya, siasatan awal mendapati gadis yang bekerja di kilang sawit itu mengaku telah keguguran dan menanam janin berusia empat bulan tersebut di situ.
"Sebelum kejadian, dia yang mengandung empat bulan mengalami sakit perut dan telah keguguran pada pukul 2.45 petang Selasa lalu.
"Dia yang panik telah meminta bantuan seorang rakan lelakinya untuk menanam janin itu di tepi rumah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di sini, hari ini.
Asyikin berkata, pihaknya telah menahan gadis itu bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini, dan polis menyiasat sama ada gadis itu menggugurkan kandungannya atau sebaliknya.

No comments:

Post a Comment