Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Paderi Terry tidak dibenar berucap


LONDON 14 Dis. – Sebuah kumpulan pelampau sayap kanan Britain membatalkan rancangan menjemput paderi kontroversi Terry Jones dari Amerika Syarikat (AS) untuk berucap dalam salah satu program anjuran kumpulan itu, setelah tidak bersetuju dengan pandangan paderi itu mengenai bangsa dan homoseksual, lapor stesen penyiaran BBC.
Tetapi Jones yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam selepas mengancam untuk membakar kitab al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11 berkata, dia tetap akan pergi ke Britian dan merancang untuk menganjurkan satu acara di London.
Liga Pertahanan Inggeris (EDL) yang menganjurkan bantahan ke atas apa yang disifatkan sebagai Islamifikasi di England telah mengundang paderi kontroversi itu untuk berucap pada satu perhimpunan anjuran kumpulan itu pada Februari ini.
Kedatangannya dibimbangi akan mencetuskan perbalahan kaum di Britain, dan Menteri Dalam Negeri, Theresa May berkata, beliau sedang menimbangkan untuk menghalang kedatangan Jones.
Namun, EDL semalam berkata, mereka telah memutuskan bahawa Jones tidak akan berucap pada perhimpunan mereka nanti.
Jurucakap EDL, Guramit Singh memberitahu BBC bahawa ‘setelah melakukan beberapa kajian dan meneliti pendapat peribadinya mengenai perkauman dan homoseksual, kami tidak akan membenarkan dia (Jones) berucap pada perhimpunan kami itu’.
“Dia bukanlah calon yang tepat bagi kami.” sambil menambah kata; “Walaupun EDL bersetuju mengenai apa yang dia kata tentang Islam, tapi kami tidak bersetuju dengan beberapa manifestonya terutama berhubung beberapa isu mengenai homoseksual dan bangsa.” – AFP

No comments:

Post a Comment