Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

OKU didenda RM1,000 ugut kawan melalui SMS

KUALA LUMPUR: Gara-gara menghantar SMS berbentuk ugutan jenayah kepada seorang rakan, Orang Kurang Upaya (OKU) Mohd Rizal Ahmad, 30, dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Zulkipli Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Rizal, yang cacat pendengaran, mengaku bersalah terhadap tuduhan menakutkan Mohd Khairul Shafri Abdul Aziz, 26, dengan menghantar SMS berbunyi: "Ahh berlagak ar tu, haha aku datang senyap2 ar ko tunggu je ar, kaw anak haram!" pada 6.45 pagi 28 April 2008.

Mohd Rizal, yang bekerja sebagai penghantar surat dan tidak diwakili peguam, merayu supaya hukuman yang ringan dikenakan terhadapnya dengan mengambil kira latar belakang keluarga.

"Saya adalah penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara seorang anak yang masih kecil serta isteri yang sedang mengandung lima bulan yang tidak bekerja," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri memohon hukuman yang setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Mengikut fakta kes, kejadian itu berpunca apabila Mohd Rizal, yang pergi ke rumah Mohd Khairul, diminta membayar ganti rugi selepas didakwa mencuri telefon bimbit milik adik pengadu.

Bagaimanapun, dia melarikan diri dan dua minggu kemudian, menghantar SMS berkenaan kepada Mohd Khairul yang membuat laporan polis.

Isteri Mohd Rizal membayar denda itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment