Search This Blog

Friday, December 17, 2010

Obama: Misi di Afghanistan masih sukar


17/12/2010 2:45am


WASHINGTON 17 Dis. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberi amaran bahawa misi AS di Afghanistan masih sukar dan memerlukan masa untuk menewaskan al-Qaeda.
“Kita kini menumpukan kepada operasi mengganggu, menghapuskan dan menewaskan al-Qaeda di Afghanistan dan Pakistan serta menghalang ancaman kepada AS dan negara sekutu.
“Kini terdapat ‘kemajuan penting’ dalam operasi memerangi pengganas di negara itu dan al-Qaeda sukar untuk merekrut atau melatih anggota baru serta membuat komplot serangan,” kata Obama.
Beliau berkata demikian ketika White House mendedahkan kajian semula perang di Afghanistan, semalam. – AFP

No comments:

Post a Comment