Search This Blog

Sunday, December 5, 2010

Nisbah Wanita hidapi AIDS meningkat


05/12/2010 4:12pm

KOTA BHARU - Nisbah golongan wanita yang dijangkiti HIV/ Aids di seluruh negara semakin meningkat dengan secara kumulatif seramai 3,206 orang suri rumah telah dijangkiti virus berkenaan sehingga Sept lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, senario HIV/Aids di Malaysia mula berubah berbanding 10 tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 75 peratus kes dikesan akibat berkongsi jarum manakala hanya 55 peratus dicatatkan pada tahun lalu.
"Trend peningkatan wanita yang dijangkiti HIV/Aids secara keseluruhan di Malaysia menurun tetapi berlaku peningkatan dari segi nisbah kerana jangkitan melalui hubungan seksual meningkat dari 18 peratus pada 10 tahun lalu kepada 32 peratus pada tahun lepas dan trend ini nampaknya sama pada tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Hari Aids Sedunia 2010 peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Katanya, golongan wanita sememangnya lebih berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan HIV/Aids berbanding golongan lelaki. - Bernama

No comments:

Post a Comment