Search This Blog

Wednesday, December 29, 2010

'Mulut ayah keluar darah'

PASIR MAS: “Saya lihat ayah dalam keadaan terlentang dan darah keluar dengan banyak melalui mulutnya sejurus dihempap penyodok jengkaut yang sedang mengaut tanah,” kata Mat Daud Ibrahim, 51, anak kepada Ibrahim Yusof, 89, yang maut dalam kemalangan dengan sebuah jengkaut, petang kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu mengakibatkan Ibrahim parah di kepala dan badan. Dia dikejarkan ke Hospital Pasir Mas (HPM) sebelum disahkan meninggal dunia sejam kemudian.

Kemalangan berlaku ketika warga emas terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai berkebun di kebun pisang miliknya kira-kira 300 meter dari rumah di Kampung Kelar, Tok Pukang, dekat sini.

Sebelum kejadian, pemandu jengkaut memberhentikan kerja mengorek tanah sebaik menyedari mangsa berjalan pulang ke rumahnya.

Sejurus selepas itu, pemandu terbabit yang menyangka mangsa sudah melepasi jalan menurunkan penyodok jengkaut berkenaan.

Tiba-tiba seorang lagi pekerja terkejut selepas melihat mangsa terkena penyodok jengkaut itu.


Menurut Mat Daud, kejadian menimpa bapanya disedari sejurus penduduk kampung datang ke rumahnya memaklumkan warga emas itu terbabit dalam kemalangan berdekatan kawasan mengorek jalan untuk memasang paip baru.

“Saya bersama ahli keluarga bergegas ke tempat kejadian dan melihat ayah dalam keadaan terlentang.
“Saya bersama jiran mengangkat ayah yang ketika itu masih bernafas untuk dihantar ke HPM. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sejam kemudian” katanya.

Katanya, jenazah bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung berkenaan, jam 11,30 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim, ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu

No comments:

Post a Comment