Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Mayat `Orang Hilang' Dihumban Dalam Loji Rawatan Kumbahan

Genap sebulan 22 hari dilaporkan hilang, seorang pekerja membaiki penghawa dingin, akhirnya ditemui mati dalam keadaan cukup tragis.

Mayatnya dihumban dalam loji rawatan kumbahan di Kajang.

Mangsa dikenali sebagai Liew Kuan Mang, 29 tahun.

Setakat ini, hanya bahagian pinggang hingga lutut, serpihan tulang dan tengkorak mangsa ditemui.

2 petang semalam, seorang pekerja Indah Water yang datang untuk kerja menyelenggara loji ini terkejut apabila menemui bahagian pinggang hingga lutut mangsa.

Mykadnya turut ditemui.

Pasukan forensik sejak pagi tadi masih berusaha mencari anggota bahagian badan mangsa yang lain.

Kuan Mang dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas memasuki tandas sebuah restoran mamak di Sungai Chua, 3.30 pagi, 7 November lalu.

Dia ke restoran berkenaan bersama dua rakannya.

Bapa mangsa, Liew Tin Soon, 65, berkata, dia bertemu anaknya kali terakhir ketika Kuan Mang keluar rumah untuk ke kelab malam berhampiran Menara Berkembar Petronas.

Dakwa Soon, ketika di sana mangsa bersama sembilan lagi rakannya, berlaku pergaduhan antara mereka dengan bouncer kelab malam itu.

Difahamkan, tiga rakannya cedera dan dirawat di sebuah hospital berdekatan.

No comments:

Post a Comment