Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Mayat lelaki dijumpai terapung di terusan


15/12/2010 4:55pm

JITRA — Mayat seorang lelaki berpakaian lengkap ditemui terapung di Terusan Utara di Kampung Kemunting di sini, oleh seorang pemancing kira-kira 9.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Sawaluddin Hamenuddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat berkenaan.
"Mayat tersebut ialah lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, berbadan gempal dan dipercayai berbangsa Melayu.
“Tiada sebarang kesan cedera pada badan mayat dan tiada sebarang pengenalan diri dijumpai pada mayat tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mayat itu dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat dan orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran. — Bernama

No comments:

Post a Comment