Search This Blog

Wednesday, December 29, 2010

Lima penuntut IPTS ditahan terlibat dadah



29/12/2010 3:32pm

KEMAMAN - Lima penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) merupakan antara 87 yang ditahan kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Roslan Abd Wahid berkata, mereka ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah ini, bermula awal pagi semalam.
Katanya, empat daripada mahasiswa itu ditahan ketika berada di rumah sewa mereka di sini, manakala seorang lagi ditahan berasingan didapati positif semasa ujian saringan air kencing.
Kelima-lima mereka yang berumur awal 20-an menuntut di IPTS di sini, katanya kepada Bernama, di sini. - Bernama

No comments:

Post a Comment