Search This Blog

Wednesday, December 15, 2010

Lelaki kalah judi ugut Datuk

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mengalihkan motosikal, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan dua anaknya diugut dengan parang oleh pemilik kenderaan itu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu di Medan Selera Dagang Avenue, di sini.
Malah, pemilik motosikal terbabit yang ketika itu kalah berjudi turut memaki hamun Datuk berkenaan sebelum pulang dan memanggil beberapa rakan untuk menyerang mangsa.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi Jumaat lalu ketika mangsa yang juga pemilik medan selera itu mendengar lelaki terbabit yang berusia 20-an membebel.

“Lelaki itu bertanya kepada mangsa siapa yang mengubah kenderaannya dan Datuk berkenaan mengaku dia berbuat demikan.

“Lelaki itu tidak berpuas hati dan memberitahu dia berang kerana kalah berjudi sebelum mangsa memberikan nasihat.

“Lelaki itu beredar untuk seketika sebelum datang semula bersama lima rakan dan ada antara mereka membawa parang,” katanya.

Menurutnya, seorang lelaki yang bertindak sebagai ketua kumpulan itu bertanyakan kepada mangsa kenapa dia memarahi rakan mereka dan mangsa menceritakan kejadian sebenar kepadanya.

“Namun, mangsa yang melihat keadaan mula kelam-kabut menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian terbabit,” katanya. Sumber itu berkata, kumpulan terbabit melarikan diri, namun memberi amaran kepada mangsa akan datang semula untuk mengambil wang perlindungan. “Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis kerana risau keselamatan dia dan ahli keluarganya,” katanya.

No comments:

Post a Comment