Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Lapan terbunuh bila radikal Islam Nigeria serang kenderaan polis



31/12/2010 2:23am

MAIDUGURI, Nigeria 31 Dis. - Sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk tiga anggota polis terbunuh dalam serang terbaru yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan Islam radikal ke atas sebuah kenderaan polis di timur laut Nigeria, kata tentera dan polis semalam.
Jurucakap tentera berkata, kenderaan berkenaan habis hangus dibakar dalam serangan yang didipercayai dilakukan oleh kumpulan Boko Haram di sebuah stesen bas di kawasan Dala, Maiduguri, iaitu salah satu dari dua bandaraya di mana berlaku pengeboman gereja yang telah mencederakan lapan orang pada hari Krismas.
Jurucakap polis berkata, sepasukan polis peronda di daerah Ruwan Zafi, Maiduguri terbunuh dan kenderaan mereka hangus dibakar dalam serangan itu semalam.
Menurutnya, beberapa suspek telah ditahan ekoran kejadian itu serta beberapa serangan yang berlaku minggu lalu.
Kumpula Boko Haram yang menuntut agar dilaksanakan undang-undang Islam di Nigeria mendakwa bertanggungjawab dalam pengeboman gereja di Maiduguri dan Joas pada hari Krismas dan disabitkan bagi beberapa serangan sepanjang minggu lalu. - REUTERS

No comments:

Post a Comment