Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Lanun Somalia rampas kapal kargo dari UAE



21/12/2010 2:21am

BRUSSELS 21 Dis. - Sebuah kapal kargo dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) diserang dan dirampas oleh lanun Somalia di perairan sekitar 400 batu nautika di Lautan India, timur laut kepulauan Seychelles semalam, kata tentera laut Kesatuan Eropah (EU).
Gerakan anti-lanun Eropah dalam satu kenyataannya berkata, kumpulan lanun telah melancarkan dua serangan mengguna roket, bom tangan dan senjata ringan ke atas kapal Orna seberat 27,915 tan yang tertera bendera besar Panama itu.
Sekurang-kurangnya empat anggota lanun menyerbu masuk dan merampas kapal berkenaan tanpa ditentang oleh anak-anak kapal. Namun tidak diketahui jumlah krew kapal dan tiada kerosakan dilaporkan berlaku. - AFP

No comments:

Post a Comment