Search This Blog

Wednesday, December 29, 2010

Kylie pertahan klip video lucah

MADRID: Penyanyi pop Australia Kylie Minogue (gambar), semalam mempertahankan rakaman klip videonya yang mempunyai unsur lucah dan diharamkan di beberapa negara Asia dengan mendakwa ia sebagai sensasi serta menyentuh perasaan.
Kylie berkata demikian ketika diwawancara stesen televisyen Sepanyol mengenai klip video ‘All the Lovers’ daripada single pertama album kesebelasnya berjudul ‘Aphrodite’. Dalam rakaman klip videonya, penyanyi berusia 42 tahun itu muncul dengan pakaian putih sambil dijulang pasangan lelaki dan wanita serta pasangan homoseksual yang sebelum itu ghairah berkucupan.

Stesen televisyen di beberapa negara Asia termasuklah Singapura, Malaysia dan Indonesia mengharamkan penayangan video itu. “Saya rasa video itu seksi, selain amat menyentuh perasaan dan sensasi kerana ia membawa mesej cinta,” kata Kylie ketika ditanya mengenai kontroversi video berkenaan dalam wawancara dengan stesen televisyen Sepanyol, Cuatro. - AFP

No comments:

Post a Comment