Search This Blog

Tuesday, December 21, 2010

Kumpulan ‘al-Qaeda’ Aceh kena penjara





2010/12/21

JAKARTA: Sebuah mahkamah Indonesia semalam menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh hingga sembilan tahun ke atas enam lelaki kerana pembabitan mereka dalam kumpulan pengganas yang dikenali sebagai ‘al-Qaeda’ Aceh. 

Kumpulan terbabit didakwa melakukan latihan untuk menjalankan serangan ala Mumbai oleh sekumpulan lelaki bersenjata membabitkan serangan bunuh diri ke sasaran Barat dan tokoh politik di Jakarta.
Oman Rohman, 38, menerima hukuman penjara sembilan tahun kerana menyediakan sejumlah AS$2,320 (RM7,192) untuk bayaran kepada latihan kumpulan itu di hutan di wilayah barat Aceh, kata ketua hakim, Mutarto kepada mahkamah Jakarta Barat.
Dalam satu perbicaraan berasingan, mahkamah menjatuhkan hukuman tujuh sehingga lapan tahun penjara kepada lima lelaki kerana menghadiri kem latihan terbabit dan memiliki senjata api haram. 

Hukuman berkenaan lebih ringan berbanding 12 tahun yang diminta pendakwa dan hukuman penalti mati mandatori. – AFP

No comments:

Post a Comment